Sunday, September 9, 2018

Tujuh Lokasi Menarik di Bagan Datuk yang WAJIB anda pergi.

Tujuh Lokasi Menarik di Bagan Datuk.

Pastinya ramai yang masih tidak mengenali daerah Bagan Datuk sepenuhnya. Namun demikian, daerah bagan datuk tidak kurang hebatnya berbanding daerah lain di negeri perak. Pada asalnya, Bagan Datoh terletak di daerah Hilir Perak. Namun demikian, telah diwartakan sebagai daerah yang ke-12 di negeri Perak dengan memiliki 4 buah mukim iaitu; Bagan Datoh, Rungkup, Hutan Melintang dan Teluk Bharu serta dinamakan semula  menjadi Bagan Datuk.

Jika setiap tempat atau daerah memiliki tempat menarik dan bersejarah yang tersendiri, begitu juga dengan daerah Bagan Datuk. Antara tempat yang menjadi lokasi menarik di sini ialah:

1) Jeti Bagan Datuk



Pembinaan waterfront Bagan Datuk ini adalah salah satu tarikan istimewa di sini. Kini, para pengunjung berpeluang melihat matahari terbenam di sini pada waktu senja. Selain itu, kemeriahan suasana malam minggu di sini amat terasa berikutan beberapa aktiviti pemanduan kereta kanak-kanak, taman permainan, gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai jenis makanan dann minuman serta persembahan kumpulan busking yang sentiasa menghiburkan.

2) Ikan Segar di Jeti Nelayan

Perkampungan nelayan yang menjual pelbagai hasil laut segar harian pastinya menjadi pilihan penduduk sekitar dan pengunjung di Bagan Datuk. Hasil laut segar ini kebiasaannya dijual dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran. Wajib CUBA!



3) Pulau Sembilan


Pastinya ramai yang masih tidak kenali Pulau Sembilan ini, tetapi, percayalah ianya juga setanding dengan pulau-pulau yang terdapat di Malaysia. Pulau Sembilan ini mendapat jolokan namanya berikutan ianya adalah gugusan sembilan buah pulau yang terdapat di sekitarnya iaitu Pulau Agas, Pulau Payong, Pulau Nipis, Pulau Rembia, Pulau Lalang, Pulau Saga, Pulau Buluh, Black Rock dan White Rock.

Kebiasaannya, pulau ini menjadi pilihan kaki pancing berikutan populasi dan pilihan ikan yang agak banyak di sini. Manakala, kawasan pertengahan antara Pulau Rumbia dan Pulau Lalang juga menjadi pilihan untuk aktiviti menyelam dan snorkelling.

Selain itu, pulau ini juga terkenal dengan jolokan nama 'The Blue Tears' berikutan pantai di pulau ini kelihatan bercahaya biru pada waktu malam. Fenomena ini terjadi berikutan kehadiran organisma bercahaya di situ yang dikenali sebagai Phytoplankton.

4) Jeti Beting Beras Basah



Jeti Beting Beras Basah juga memainkan peranan penting dalam Zaman Kesultanan Perak di mana Sultan Muzaffar Shah I (1528-1549) yang dikaitkan dengan tempat permulaan pertabalan menjadi Sultan Perak ketika itu.  Justeru itu, setiap kali pertabalan Sultan Perak diadakan, Sultan Perak akan mula menghilir dari Kuala Kangsar sehingga ke Beting Beras Basah sebagai satu simbolik dan adat yang signifikan dengan tempat Sultan Perak yang pertama ketika menjejakkan kaki apabila mula-mula sampai di negeri Perak.

5) Kawasan Memancing



Untuk kaki pancing pula, pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba nasib dan menguji kehebatan masing-masing di sini. Bagan Datuk juga terkenal sebagai salah satu lokasi memancing ikan bagi penduduk sekitar dan pengunjung luar. Saban tahun, pertandingan memancing ikan akan diadakan di sini.

 6) Pekan Bagan Datuk


Bagan Datoh yang kelihatan agak suram pada dulunya, kini telah berwajah baru dengan lukisan grafiti di dinding-dinding rumah kedai pastinya bakal mengamit pengunjung ke sini. Deretan bangunan kedai-kedai lama yang telah diberi nafas baru dan di cat semula pastinya menjadi tarikan terbaru di sini. Para pengunjung bolehlah mengambil kesempatan untuk bergambar di sini.

7) Rumah Perak Lama

Rumah pusaka ini telah  dibina mengikut ciri bumbung lima yang dikenali  sebagai seni bina Rumah Perak. Meskipun sudah berusia lebih 100 tahun, namun masih kelihatan kukuh dan terpelihara dengan baik.

Berikut adalah antara lokasi menarik untuk dikunjungi di Bagan Datuk. Sekiranya anda berkesempatan berkunjung ke Bagan Datuk, bolehlah melawat semua lokasi yang dinyatakan di atas.

Sekiranya anda memerlukan tempat penginapan / chalet / homestay di Bagan Datuk, bolehlah hubungi kami di talian 013 222 3600 / 019 720 5092.

atau layari FB kami : Almarzouq Chalet

Terima Kasih.


Saturday, September 8, 2018

Jom Cuti-Cuti di Chalet Bagan Datuk, Perak.

Almarzouq Chalet Bagan Datuk



Al Marzouq Chalet adalah salah satu chalet milik bumiputera yang terletak di Bagan Datuk, Perak. Terletak kira-kira 20 minit dari pekan Bagan Datuk, chalet Al Marzouq ini menawarkan keselesaan serta menjanjikan kelainan dan pengalaman yang indah buat para pengunjung.

Chalet ini mempunyai 15 buah bilik dengan pelbagai saiz dan jenis dengan harga hanya serendah RM55/semalam. Boleh memuatkan seramai 40-60 orang dalam satu masa.

Kesemua bilik dilengkapi setiap satunya dengan penghawa dingin, LCD TV dan bilik air persendirian.




Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan buat pengunjung chalet Al Marzouq. Antaranya, kolam renang, surau, dewan seminar, kawasan letak kereta berpagar, barbeque di tepi kolam renang, basikal sewa dan katering. Kawasan parkir bas juga tersedia di sini.







Selain itu, pelanggan kami juga akan disediakan sarapan pagi nasi lemak daun pisang yang menjadi kegemaran hampir keseluruhan pelanggan kami.



Tunggu Apa Lagi? Jom Cuti-Cuti di Bagan Datuk, Perak SEKARANG!


Untuk keterangan lebih lanjut dan sebarang tempahan, bolehlah hubungi kami di talian:
013 222 3600 / 019 720 5092.

atau cuma whatsapp kami 


atau layari FB kami : Almarzouq Chalet